Monday, 23 July 2018

Tuesday, 17 July 2018

Brownies Kedut lagi...

Biar gambar berbicara... Semalam punya cerita... Terima kasih yang sudi menempah dengan kami :-)





BROWNIES NI CUSTOMER REQUEST CRANBERRIES DI DALAMNYA


.
.
.
.
.
.
.


Photoshoot Tart Gulung dan Tart Bunga

Jumaat lepas, kami mengadakan sesi photoshoot bersama kuih-kuih tart kami :). DSLR dah lama rosak, jadi guna handphone sajalah.. Masih menanam azam untuk memiliki DSLR baharu satu hari nanti. Insyaallah...

Rasa gonjeng pulak 'makcik' menggunakan istilah 'baharu'. Time 'makcik' sekolah dahulu, manalah ada istilah 'baharu' ni... yang kami gunakan 'BARU' sahaja.

Oklah..Sedikit penerangan di sini, Tart Gulung-Dellypine dan Tart Bunga-Dellybloom ini merupakan nama komersial bagi produk tart nanas kami. Jenuhlah dok fikir nak bubuh nama apa :-D.

Bagi anda yang ingin merasa kelazatan tart nanas kami, silalah hubungi kami ye! Boleh direct call atau WhatsApp di 019-224 0017 (Ida) ataupun di 012-362 9192 (YuYun).



Sunday, 15 July 2018

KEK BROWNIES HANTARAN

8 Julai 2018 yang lepas, merupakan hari bersejarah bagi pasangan AZYAN dan NIZAM. Semoga ikatan pertunangan yang dimeterai akan berakhir di jinjang pelamin.

Sekalung ucapan tahniah daripada kami, dan ribuan terima kasih diucapkan kerana sudi menempah kek brownies daripada kami sebagai hantaran.

IDEA...MANA IDEA???

KAMI SELITKAN SENI QUILLING PADA TAG YANG BAKAL DICUCUKKAN ATAS KEK NANTI...

SIAP! SIMPLE JE!

INILAH KEK BROWNIES HANTARAN YANG TELAH SIAP DIDECO...

SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG KEKURANGAN, HARAP DIMAAFKAN...
SELAMAT BERTUNANG!

TART BUNGA-DELLYBLOOM


Harga Balang Kecik (24 biji) : RM15

Harga Balang Besar (50 biji) : RM25

.
.
.
.
.
.
.

BROWNIES-DELLYSWEET


Harga Saiz 7 inci : RM25

Harga Saiz 10 inci : RM45

Harga Tambahan Bagi Hiasan (Standard):

~ Chocolate Chips : + RM5
~ Almond Flakes : + RM5
~ Ganache (Chocolate Filling) : + RM5
~ Nutella : + RM5


Hiasan Lain:

~Segala jenis hiasan coklat : +RM10
~Buah-buahan : +RM15

*Harga MUNGKIN akan berubah, mengikut harga pasaran

.
.
.
.
.
.
.

Friday, 13 July 2018

TEMPAHAN KEK BROWNIES

Berikut merupakan tempahan kek brownies daripada beberapa orang individu sekitar minggu lepas. Diharap pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan kek brownies yang dihasilkan.

Kek brownies yang kami buat, bergantung kepada budget dan permintaan daripada pelanggan. Terdapat 2 jenis saiz kek brownies yang kami sediakan iaitu 7" dan 10".

Tempahan Kek Brownies yang telah kami terima adalah sempena sambutan Hari Lahir, Majlis Pertunangan dan juga jamuan di sekolah.

Terima kasih kepada para pelanggan!



.
.
.
.
.
.
.


TART GULUNG DELLYPINE & SEMPERIT SUSU DELLYNICE DI KAMPUNG MELAYU SUBANG


1 Julai 2018

Alhamdulillah, bagi anda yang berada di sekitar Subang, bolehlah mendapatkan Semperit Susu-Dellynice dan Tart Gulung-Dellypine ini di kedai HBY Soya Segar di Jalan Jati, Kampung Melayu Subang.

Cepat!!! Cepattt!!! Selagi stok masih ada! :-)


.
.
.
.
.
.
.

Thursday, 12 July 2018

TART GULUNG-DELLYPINE


Harga Balang Kecik (24 biji) : RM15

Harga Balang Besar (48-50 biji) : RM25

.
.
.
.
.
.
.

SEMPERIT SUSU-DELLYNICE


Harga Balang Kecik (30 biji) : RM15

Harga Balang Besar (60 biji) : RM25

.
.
.
.
.
.
.

SELF-MADE STICKER DAN BROWNIES KEDUT


1 Julai 2018 yang lepas, diadakan satu mesyuarat di antara JMB dan penduduk di Pangsapuri Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Kelang. Kami bercadang untuk memperkenalkan Brownies Kedut kami kepada penduduk yang menghadirkan diri di mesyuarat itu nanti. 

Kebetulan pada hari itu juga, satu majlis rumah terbuka akan diadakan di rumah kenalan kami di Taman Melawati. 4 dulang Brownies Kedut disediakan untuk diagihkan di kedua-dua tempat berkenaan.

Sebagai  permulaan, kami hanya bercadang untuk membuat self-made sticker sahaja untuk dilekatkan di plastik brownies itu nanti. Artwork sticker telah direka khas oleh suami kami sendiri.


Satu dulang brownies dipotong kepada saiz 6cm x 6cm. Maka, untuk sebiji brownies yang telah siap dibakar ada 36 potong semuanya. 144 potong (daripada 4 dulang) Brownies Kedut telah diagihkan untuk mesyuarat penduduk dan juga rumah terbuka nanti.


.
.
.
.
.
.
.

Search This Blog