1 Julai 2018 yang lepas, diadakan satu mesyuarat di antara JMB dan penduduk di Pangsapuri Ukay Indah, Sungai Sering, Hulu Kelang. Kami bercadang untuk memperkenalkan Brownies Kedut kami kepada penduduk yang menghadirkan diri di mesyuarat itu nanti.
Kebetulan pada hari itu juga, satu majlis rumah terbuka akan diadakan di rumah kenalan kami di Taman Melawati. 4 dulang Brownies Kedut disediakan untuk diagihkan di kedua-dua tempat berkenaan.
Sebagai permulaan, kami hanya bercadang untuk membuat self-made sticker sahaja untuk dilekatkan di plastik brownies itu nanti. Artwork sticker telah direka khas oleh suami kami sendiri.
Satu dulang brownies dipotong kepada saiz 6cm x 6cm. Maka, untuk sebiji brownies yang telah siap dibakar ada 36 potong semuanya. 144 potong (daripada 4 dulang) Brownies Kedut telah diagihkan untuk mesyuarat penduduk dan juga rumah terbuka nanti.
.
.
.
.
.
.
.
No comments:
Post a Comment