ASSALAMMUALAIKUM,
Salam sejahtera kepada pengunjung blog RaffYunn's Cakes & Cookies.
Setelah berbulan-bulan lamanya memikir dan berpakat untuk menubuhkan sebuah syarikat, akhirnya tanggal 22 Jun 2018-Jumaat (8 Syawal 1439) yang lepas, kami telah ke Menara SSM Kuala Lumpur untuk mendaftar syarikat Honeyy-Q Enterprise. Atas beberapa syarat dan sebab yang dikenakan, nama syarikat tersebut tidak dapat diluluskan oleh pihak SSM. Akhirnya syarikat kami telah berjaya didaftarkan pada 25 Jun 2018 di bawah nama Raffyunn Enterprise. RAFFYUNN adalah gabungan di antara kedua-dua nama kami, iaitu Rafidah dan Yuyun.
Penubuhan syarikat ini merupakan salah satu usaha suami kami untuk mengeratkan lagi hubungan yang sediada disamping menanamkan semangat kerjasama di antara kami bertiga. Diharap dengan tertubuhnya syarikat ini, ianya dapat memberi pendapatan sampingan disamping meningkatkan lagi ekonomi keluarga kami. Insyaallah.
![]() |
MENARA SSM@SENTRAL, KUALA LUMPUR |
![]() |
SELESAI MENDAFTAR... :-) |
![]() |
BERSAMA KETUA KELUARGA KAMI :) |
![]() |
MENARIK SUNGGUH PROP RAYA DI SSM NI... |
![]() |
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN...
.
.
.
.
.
.
.
|